Psikologis. Hans Eyesenck
Hans Eyesenck ialah seorang psikologis British kelahiran
Jerman yang sangat banyak menyumbang dalam teori personaliti manusia. Sehingga
dianggap sebagai Ikon penting dalam kajian psikometrik manusia.
Sebab daripada
teori dia mula muncul teori Big Five Personality. Tanpa dia, mungkin kefahaman
kita sekarang terhadap personaliti tak sedalam sekarang. Antara teori terbesar
beliau yang beri sumbangan besar dalam personaliti ialah,
PEN theory. P - Psychotism
E - Extraversion
N - Neuroticism
Tiga domain penting untuk seorang manusia yang menerangkan
perspektif biologi dalam pembentukan personaliti seseorang. Dia juga percaya
personaliti itu terbentuk oleh persekitaran. Nature AND nurture.
Extraversion-Introversion
Dia percaya yang personaliti manusia ini terpecah kepada dua
spektrum berbeza. Tahap extraversion yang tinggi (extravert) digambarkan
seseorang yang sangat suka berinteraksi sosial, bertenaga dalam perhatian orang
dan suka bercampur dengan orangIndividu yang tahap extraversion rendah pula
(introvert) ialah seseorang yang lebih pendiam, reserved dan kurang selesa
dengan interaksi sosial ramai. Mereka utamakan kualiti berbanding kuantiti
kenalan dan sangat seronok buat aktiviti bersendirian (duduk rumah, baca buku
etc).
Psychoanalyst daripada Swirtzerland, Carl Jung terangkan
benda sama, cuma pendekatan dia lebih kepada konsep "psychic energy."
Bukan psychic energy untuk bengkokkan sudu besi pakai minda atau baca fikiran
orang. Maksudnya, Extravert - tenaganya berbentuk 'keluar'/outward, menyebabkan
mereka lebih selesa bersosial
Introvert - tenaga berbentuk 'ke dalam'/inward, jadi mereka
lebih selesa bersendirian.
Ini cuma penjelasan perbezaan personaliti dan bukan konsep
siapa lagi hebat atau tak. Eysenck percaya tahap sosial seseorang ini terjadi
sebab perbezaan cortical arousal, iaitu sesuatu proses di otak yang buat orang
rasa seronok terhadap sesuatu.
Extravert lebih rendah cortical arousalnya menyebabkan
mereka mencari keseronokan itu di luar/persekitaran (sosial). Introvert pula
mempunyai Cortical Arousal yang agak tinggi, menyebabkan mereka tak perlu
mencari keseronokan itu daripada persekitaran.
Kalau tak, nanti terlalu banyak stimuli dan mereka jadi
overwhelmed. Jadi, kena berundur sekejap untuk "recharge". Untuk
mudah faham, dalam kepala kita ada satu gelas kaca dan setiap kita ada saiz
berbeza.
Setiap kali kita bersosial, akan ada air masuk ke dalam
gelas itu. Ada orang gelas nya kecil, jadi air cepat penuh dan dia perlu
berundur sekejap untuk kosongkan gelasnya. Ini Introvert. Ada orang, gelasnya
besar. Mungkin saiz baldi. Makan lebih banyak air boleh masuk sebelum jadi
penuh. Lagi banyak sosial, lagi mereka suka. Ini Extravert.
Bayangkan kalau yang extravert melampau tu, mesti tahap
kolah masjid dah dalam kepala diaTahap extraversion seseorang ini walaupun
nampak kecil, tetapi beri impak besar.
Cara belajar, kerjaya yang sesuai, pasangan ideal, semuanya akan banyak
bergantung kepada personaliti seseorang itu. Ia penting, tapi jangan anggap
macam ultimate rules dan takdir tak boleh ubah. Tahap extraversion seseorang
boleh berubah, maksudnya daripada extravert jadi introvert atau sebaliknya.
Possible, tapi ambil masa.
Mungkin lain thread aku jelaskan. Dan kalau perasan, aku
tulis Extravert dan bukan Extrovert. Sebab memang itu ejaan sebenarnya dan yang
dicadangkan dalam teori asal oleh Hans Eyesenck ini. Extrovert pun kira betul
juga, cuma itu ejaan bahasa pasar.
Domain kedua dalan teori PEN tadi ialah, Neuroticism, iaitu tahap keseimbangan emosi seseorang.
Individu yang skor lebih tinggi pada neuroticism nya, lebih
cepat stres dan terasa dengan sesuatu yang berlaku sekeliling nya. Banyak fokus
benda negatif, salahkan diri dll. Mereka juga agak lebih perfectionist dan
lebih cepat stres kalau expectation tak tercapai. Mudah cemburu dengan orang
lain, sebab rasa macam orang lain lebih hebat daripada dia. Dan peranan media
sosial lagi memburukkan keadaan. Individu yang neuroticism lebih rendah pula,
lebih sejahtera emosinya.
Lagi pandai kendali stres,
Hidup lebih fokus positif,
Kurang membandingkan diri dengan orang lain.
Senang cerita, lebih stabil.
P dalan PEN theory itu,
Psychotism.
Ditambah lewat beberapa tahun selepas teori asal EN tadi
(selepas kajian demi kajian) Individu yang tinggi Psychoticism lebih impulsif,
lebih cepat buat sesuatu sebelum fikir dulu dan perlukan instant gratification
(perlu ganjaran secepat yang boleh dan tak mampu bersabar dulu).
Tapi kelebihannya, mereka lebih kreatif berbanding individu
yang rendah Psychoticism. Psychoticism tinggi juga menyebabkan mereka rendah
belajar tingkah laku melalui pemerhatian atau pengalaman. Maksudnya, lebih
susah nak terima social norm.
Jadi, mereka lebih tinggi risiko untuk buat jenayah kerana
fokus lebih kepada kepuasan sendiri dan tak peduli peraturanHans Eyesenck
melihat konsep psychoticism ini terjadi atas faktor hormon seseorang (e.g
testosterone).
Teori P ini agak mendapat kritikan ramai sebab seperti
membawa konsep, "Hang dilahirkan macam tu jadi hang akan jadi begini bila
besar nanti dan tak ada apa boleh hang ubah." Cukup lah sampai sini saja. Takut
terlalu saintifik dan susah untuk orang awam faham. Point sini ialah, nak kata
betapa besar sumbangan Hans Eysenck dalam psikologi personaliti manusia. Daripada
teori ini, mula bercambah menjadi pelbagai teori orang lainEysenck telah bina
satu foundation yang kuat, sehingga memberi peluang ratusan psikologis di luar
sana untuk terus mendalami personaliti manusia.
Jurnalnya "Personality and Individual Differences"
bawa sumbangan yang besar sampai itu jadi nama subjek aku kat Nottingham duluDan
pernah dengar personaliti Choleric, Sanguine, Melancholic dan Phlegmatic?
Teori PEN ini memberi penjelasan lebih mendalam (tengok
gambar). Konsep mempelajari teori personaliti ini, bagi aku, kita kena faham,
In the end, ia adalah untuk memahami perbezaan personaliti
manusia, Bukan fokus kepada siapa yang lebih bagus dan siapa tak. Extravert
bukan lebih baik berbanding introvert atau sebaliknyaTerima kasih sebab sudi
baca sampai habis.
Kredit: twitter @AimanPsikologi
Comments
Post a Comment