Jenis-jenis Solat Sunat
Keliru? Solat Istikharah!
Solat sunat istikharah ialah solat untuk memohon petunjuk daripada Allah. Ia dilakukan apabila seseorang itu ragu-ragu dalam membuat sesuatu pilihan atau menentukan apa yang terbaik.
Cara-cara menunaikan ibadah solat istikharah:
1. Pada rakaat pertama, baca Surah Al-Fatihah dan Al-Kafirun
2. Pada rakaat kedua, baca Surah Al-Fatihah da Al-Ikhlas
3. Ketika sujud pada rakaat kedua, bacalah ‘Subhanaka laa i’lma lana illa ma a’lamtana, innaka anta a’limul hakim’ sebanyak 40 kali, sebelum tahiyyat akhir.
4. Selepas salam, bacalah surah Al-Fatihah dan wirid-wirid. Perbanyakkan istighfar dan memohon keampunan kepada Allah.
Inginkan Rezeki lebih? Solat Dhuha!
Solat sunat dhuha dilakukan apabila matahari telah naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya. Iaitu sekitar 20-30 minit selepas terbit matahari. Tempoh waktu ini berlarutan sehingga hampir gelincirnya matahari, iaitu sebelum masuk waktu zuhur. Setelah masuk waktu zuhur, maka tamatlah waktu dhuha (10 minit sebelum zuhur).
Cara-cara menunaikan Solat Sunat Dhuha:
1. Niat:
Usholli sunnatan dhuha rak’ataini lillahi taala
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat tunai kerana Allah taala
2. Pada rakaat pertama, baca Al-Fatihah dan Surah Asy-Syams.
3.Pada rakaat kedua, baca Al-Fatihah dan Surah Ad-Dhuha
(Selaian daripada dua surah di atas, anda juga boleh baca surah Al-Kafirun dan surah Al-Ikhlas)
4.Sebelum tahiyyat akhir, bacalah
“Wa-Hab li yaa-wah-haa bu il-man wa-hik-ma-tan waar-zuk-niy yaa raz-zaa-qu kun liy mu-sah-ha-lan”
Maksudnya: Berikan kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Memberi akan ilmu dan hikmah dan murahkanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Pemberi Rezeki jadikan ia mudah bagiku.
Nak Urusan Dipermudahkan? Solat Tahajjud!
Solat sunat tahajjud digalakkan agar didirikan setiap malam.Kita solat fardhu Isyak di awal waktu dengan berjemaah dan bangun kemudian bersegera tidur agar dapat bangun di tengah malam untuk mengerjakan solat sunat tahajjud. Hukum solat tahajjud adalah sunat muakkad – iaitu amalan sunat yang sangat digalakkan.
Rasulullah SAW dan para sahabat tidak pernah meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Cara-cara menunaikan solat sunat tahajjud:
1. Niat:
Usolli Sunnatal Tahajjudi Rak’ataini Lillahi Taala
Maksud: Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala
2. Pada rakaat pertama, baca surah Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun
3. Pada rakaat kedua, baca surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas
4. Selesai solat, Rasulullah SAW selalu membaca ayat berikut
“Allahumma laka hamdu anta qoyyimussamawaa ti wal ardhi waman fi hinna, walakal hamdu laka mulkussama waa ti wal ardhi waman fii hinna, walakal hamdu nuu russama wa ti wal ardhi, walakal hamdu antal haqku wa wa’ dukal haqku wa liqo-u-ka haqku wa qauluka haqku wal jannatu haqku wanna ru haqku, wannabi yuu na haqku, wassa-‘atu haqku
Allahumma laka aslamtu, wabika amantu, wa alaika tawakkaltu wa ilaika anabtu wabika hasamtu, wa ilaika hakamtu, fagfirli ma qaddamat, wa maa akhortu wa maa asrartu wa maa ‘a lantu, antal muqoddimu wa antal mu-a-khiru, laa ilaha illa anta au laa ilaha khoirul ka wa laa hau la walaa quwwata illah billah.”
Maksud: Ya Allah, bagiMu segala puji, Engkaulah penegak langit dan bumi serta segala isinya. BagiMulah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi. BagiMulah segala puji, Engkaulah yang benar, Engkaulah yang benar, janjiMu adalah benar, perjumpaanMu itu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah, kepadaMulah aku berserah diri, kepadaMulah aku kembali, kepadaMulah aku rindu, dan kepada Engkaulah aku berhukum. Ampuni aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan yang sebelumnya, baik yang aku sembunyikan mahupun yang dinyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (kekuasaan) Allah.
Menginginkan sesuatu? Solat Hajat!
Solat sunat hajat dikerjakan apabila kita memohon sesuatu hajat daripada Allah. Sama ada memohon kebaikan atau pun menolak sesuatu keburukan.
Cara-cara menunaikan solat sunat hajat:
1.Niat
Usolli Sunnatal Hajati Rak’ataini Lillahi Taala
Maksud: Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat tunai kerana Allah Taala
2.Pada rakaat pertama, baca Al-Fatihah dan Ayatul Kursi
3. Pada rakaat kedua, baca Al-Fatihah dan Al-Ikhlas sebanyak 11 kali.
“Laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzo limin”
Maksud: Tiada Tuhan melainkan Engkau Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang zalim.
5. Selepas tasbih, pohonlah sebarang hajat dalam hati semasa keadaan sujud.
6. Seterusnya bangkit daripada sujud, membaca tahiyyat akhir dan memberi salam.
6. Seterusnya bangkit daripada sujud, membaca tahiyyat akhir dan memberi salam.
Comments
Post a Comment