10 hukuman mati antara yang terkejam dalam sejarah manusia


1. Spanish Donkey

Hukuman ini wujud ketika zaman pertengahan, sewaktuPasitan Sepanyol. Hukuman ini dikenali sebagai ‘kuda kayu’ atau ‘chavalet’ dalam Bahasa Perancis. Ia mengandungi baji segitiga yang tajam, disokong oleh dua atau empat kaki, dilitupi oleh paku, bagi memotong pangkal paha mangsa dengan mudah. Beban juga dipasang pada kaki mangsa. Hukuman ini akan memotong separuh tubuh mangsa menerusi alat sulitnya.

2. Merebus Manusia

Hukuman ini amat umum dilakukan terutamanya di seluruh Eropah dan Asia sehingga abad ke-17. Pesalah akan dimasukkan ke dalam tab mandi yang diisi dengan minyak atau air mendidih tanpa seutas benang. Tujuan seksaan ini adalah untuk memisahkan kulit dan otot si pesalah sampai mati

3. Lingchi


Lingchi, berasal daripada perkataan Cina  凌遲’ yang bermaksud menghiris secara perlahan'. Hukuman banyak diamalkan oleh di China pada tahun 900 masihi sehingga ia diharamkan pada tahun 1905. Lingchi juga pernah dilakukan di Vietnam. Teknik dari seksaan ini adalah menghiris pesalah di bahagian tubuh sehingga mati. Pesalah akan pengsan kerana kehilangan darah, tukang bunuh akan menusuk jantung dan hati sebagai sentuhan terakhir terhadap pembunuhan tersebut. Setelah ditusuk badannya, kepala korban akan dipotong.

4. Flaying


Flaying ini adalah salah satu cara seksaan mati kejam yang pernah dilakukan di Timur Tengah dan Afrika sekitar seribu tahun lalu. Cara ini digunakan untuk menimbulkan rasa takut kepada umum yang terlibat dalam kejahatan pembunuhan. Seksaan ini boleh dilakukan kepada pembunuh, tentera, dan hamba. Si pesalah akan dipaku di meja dan para pelaksana akan menghiris kulit agar terlepas dari otot. Kejam dan menyeramkan kerana pada saat penghirisan kulit itu, si pelaku juga ditaburkan banyak garam agar semakin mengerang kesakitan. Korban dipastikan akan meninggal perlahan akibat kekurangan air dalam badan dan kehilangan darah.

5. Seksaan Tikus

Ini adalah cara seksaan mati menggunakan tikus untuk membunuh manusia yang masih hidup. Cara seksaan ini sering digunakan pada zaman Elizabeth oleh umat Katolik Roma. Tikus yang masih di dalam sangkar akan diambil sangkarnya, lalu diletakkan di atas badan manusia, biasanya di atas kepala atau perut. Sangkar tikus ini mempunyai lubang di bahagian bawahnya. Seksaan ini akan segera dimulakan ketika tikus di dalam sangkar itu 'marah' dan merasa panas, karena di bahagian bawah sangkar itu akan diberi arang panas. Setelah panasnya hilang, kemudian tikus itu akan dibiarkan memakan badan manusia di bawahnya melalui lubang tersebut.

6. Roda Maut


Hukuman ini diterapkan di abad pertengahan ke-19 di Eropah. Cara seksaan mati ini digunakan untuk membunuh para pesalah di depan umum dengan cara menghancurkan tubuh mereka. Roda yang digunakan ini secara khusus untuk memudahkan mengikat kedua kaki korban ke jari-jari roda. Caranya, pesalah akan diikat dan roda akan berputar dengan perlahan. Kemudian, tukang bunuh akan memukul si pesalah berkali-kali hingga tulang-tulangnya patah dan hancur. Pesalah akan meninggal akibat kurang air dalam badan dan kehilangan darah. Setelah dipastikan meninggal, pesalah akan di ditinggalkan di tempat itu sehingga burung datang memakan bangkainya.

 7. Kerusi Besi

Kerusi Besi ini adalah ‘perabot’ yang paling digeruni oleh para wanita pada zaman pertengahan. Kerusi ini diliputi dengan ratusan paku berbentuk seperti pisau cukur. Pesalah akan dipaksa duduk selama berjam-jam sehingga berdarah luka. Pesalah boleh terdiri dari kedua-dua jantina. Namun, kebanyakkannya adalah wanita.  Tukang bunuh juga akan menyalakan api dibawah punggung pesalah dan akan terbakar sehinga mati.

8. Skafisme


Skafisme yang juga dikenal sebagai 'kapal yang dilubangkan' ini adalah salah satu cara seksaan yang paling kejam, kerana melibatkan pengupasan tubuh pesalah dan menyatukannya ke dalam perahu, khususnya untuk kepala, tangan, dan kaki. Selanjutnya, tubuh korban dilumurkan dengan madu dan susu untuk menarik serangga datang lalu menyerang tubuh pesalah. Serangga-serangga itu secara brutal akan memakan tubuh korban sampai berlumuran darah. Pesalah akan meninggal kerana kekurangan darah.

9. Lembu Brazil


Buatan Seksaan ini dianggap sebagai alat pembunuh paling brutal dalam sejarah peradaban kuno. Cara seksaan ini adalah si pesalah akan diletakkan ke dalam tubuh lembu ini, lalu dikunci. Kemudian, bara api akan diletakkan di bawah lembu besi ini agar pesalah terbakar sehinnga menjadi abu. Design lembu buatan ini juga mempunyai sebuah lubang dekat mulut, supaya boleh mendengar jeritan si pesalah disaat seksaan.

10. Baling batu


Baling batu adalah satu bentuk hukuman yang kuno dan primitif. Ia melibatkan sekumpulan orang membaling batu secara berterusan kea rah kepala mangsa di hadapan orang awam. Selain lelaki, wanita lebih mewakili majoriti yang menghadapi hukuman ini pada zaman sekarang. Ia dihidupkan semula di Iran selepas revolusi tahun 1980. Mangsa adalah yang terdiri daripada penzina. Kadangkala, tukang bunuh adalah salah satu daripada ahli keluarga si pesalah. Pada hari ini, 15 negara yang mengamalkan kaedah ini iaitu Nigeria, Sudan, Iran, Pakistan dan selebihnya.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Karipap

Pembunuhan Kejam di Pulau Tioman