Pembunuhan Kejam di Pulau Tioman
Seorang wanita warganegara asing dijumpai mati dalam sebuah gua di Pulau Tioman. Lepas postmortem, perempuan tu dipercayai dirogol. Kes dikendali oleh Yang Arif Mariana.
Kisah bunuh seorang wanita asing di Malaysia yang pernah menggemparkan negara. Stephanie Moray, seorang warganegara Perancis telah datang ke Pulau Tioman untuk bercuti. Arwah tiba di pulau menggunakan feri melalui Jeti Mersing pada 10 Mei 2011. Kehilangan Stephanie telah dilaporkan oleh konsulat Perancis di Singapore setelah keluarga arwah tidak menerima sebarang khabar sejak arwah tiba di Pulau Tioman. Rekod menunjukkan, hanya ketibaan arwah dicatat, namun tiada rekod menunjukkan arwah telah pergi daripada pulau. Oleh sebab itu, polis telah menjalankan pencarian besar besaran di Kampung Tekek, di mana arwah dikatakan kali terakhir dilihat di Pulau Tioman.
Setelah menjalankan siasatan, polis mendapat beberapa klu daripada orang ramai yang membawa kepada penahanan seorang penduduk Pulau Tioman bernama Asni Omar (suspek utama). Suspek merupakan seorang berumur 44 tahun dan ada perniagaan 'homestay' di Kampung Tekek, Pulau Tioman. Melalui siasatan polis, seorang lagi suspek turut ditahan iaitu lelaki Melayu yang merupakan abang kepada suspek utama dan juga membantu menguruskan homestay si suspek utama. Hanya 2 penahanan dibuat oleh polis. Menurut siasatan polis terhadap orang Kampung Tekek, Stephanie pernah dilihat menaiki motor mengelilingi kampung bersama suspek utama. Setelah disoal siasat oleh polis, suspek utama telah membawa polis ke sebuah gua di Pulau Tioman. Gua tersebut terletak tidak jauh dari homestay suspek utama, lebih kurang beberapa ratus meter sahaja.
Apabila polis melakukan pemeriksaan di dalam gua tersebut, polis telah menemui beberapa rangka tulang dipercayai tulang manusia yang ditimbus dan ditanam dalam sebuah lubang sedalam 3 meter. Turut ditemui di dalam lubang tersebut adalah satu tilam, satu bantal tidur dan beberapa cebis pakaian wanita. Namun, polis tak menjumpai sebarang senjata atau alat yang dipercayai telah di gunakan oleh suspek untuk membunuh mangsa di dalam gua tersebut. Suspek memberitahu polis bahawa dia telah membunuh mangsa menggunakan sebotol arak yang telah pecah. Pencarian senjata pembunuhan terus dilakukan polis dan akhirnya polis menjumpai botol tersebut di dalam kawasan kebun berhampiran pondok homestay suspek. Menurut suspek, mangsa telah menginap di pondok suspek untuk seketika waktu dan mereka berdua sering menghabiskan masa bersama di Pulau Tioman.
Setelah kes di bawa ke Mahkamah Tinggi Jenayah Kuantan, semua kisah telah dibongkar oleh suspek utama. Menurut dia, mangsa telah memaksa suspek untuk menerima mangsa menginap di homestay milik suspek. Pada mulanya, suspek menolak tapi mangsa berjaya yakinkan suspek. Suspek turut menambah bahawa mangsa mengatakan dia ingin merasa kehidupan kampung di Pulau Tioman dan terlalu ingin menginap bersama suspek di homestay tersebut. Pada malam pertama itu, suspek tak sampai hati nak halau mangsa dan hanya bersetuju untuk mangsa menginap di homestaynya. Setelah itu, mereka telah pergi makan malam dan ke Taman Laut. Semasa pemeriksaan oleh Pendakwaraya, suspek mengatakan bahawa dia telah tinggalkan mangsa bersendirian sebab suspek nak balik rumah cepat untuk menelefon kekasihnya. Pendakwaraya ragu akan niat suspek sebab dia boleh je nak sms or call kekasih dia dari tempat dia tinggal mangsa.
Suspek telah membuat satu kenyataan bahawa mangsa yang meminta di tinggalkan sendirian. Namun pihak Pendakwaraya berjaya meletakkan satu fakta bahawa perkara sebaliknya yang berlaku. Menurut laporan, suspek merupakan seorang peminum arak dan sering mabuk. Namun, suspek menafikan bahawa dia telah minum arak pada malam kejadian atau malam malam bersama mangsa. Menurut kertas pendakwaan juga, suspek telah menghancurkan kamera milik mangsa kerana didalamnya terdapat banyak gambar mereka berdua bersama.
Kertas pendakwaan juga turut mengatakan bahawa semasa siasatan polis dilakukan di rumah dimana suspek dan mangsa menginap, terdapat kesan darah di dinding bilik mangsa. Pakar forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan membuat pengakuan bahawa mayat mangsa ditemui dalam keadaan berbungkus seperti mumia atau mummified. Menurut saksi pakar forensik itu lagi, keadaan mayat mangsa tidak dapat di kenal pasti menggunakan mata kasar kerana keadaannya yang hancur dan hanya tinggal tulang. Menurut laporan bedah siasat, terdapat kesan kecederaan pada rangka tulang kepala mangsa. Pihak pembelaan mengatakan bahawa mangsa mati akibat terjatuh dan bukan di bunuh. Inilah wajah suspek utama, kes pembunuhan Stephanie Foray, seorang wanita warganegara Perancis di Pulau Tioman pada 2011.
Okay sambung cerita laporan pakar forensik. Bahagian ni mencemaskan sebab banyak details mengerikan. Menurut laporan pakar forensik, Dr Sri Marni, kemungkinan besar mangsa telah dirogol berdasarkan sampel yang diambil daripada kemaluan mangsa terdapat kesan air mani. Tambah pakar forensik tu lagi, pada mulanya bahagian alat sulit mangsa tak dapat di kenal pasti tapi beliau berjaya dapatkan sampel dimana terdapat kesan bulu pubik mangsa. Semasa disoal jawab oleh Pendakwaraya sama ada hubungan seksual berlaku sebelum atau selepas mangsa di bunuh, pakar forensik tak dapat jawab kerana keadaan sampel yang telah reput. Sambung pakar forensik tu lagi, setelah postmortem dijalankan, ujian etimologi mendapati mangsa berkemungkinan telah mati sekurang kurangnya dalam masa 4 minggu hingga 3 bulan dari tarikh rangka mangsa ditemui. Pakar forensik menolak kemungkinan yang ditimbulkan oleh pembelaan bahawa mangsa mati akibat penyakit. Postmortem ke atas organ mangsa tidak menemui sebarang penyakit. Punca kematian mangsa adalah akibat daripada kecederaan di kepala.
Menurut pakar forensik, apa apa peralatan keras boleh menyebabkan kecederaan di kepala manusia. Pakar forensik turut mendedahkan bahawa terdapat 4 kesan retak di tulang wajah mangsa. Menunjukkan mangsa telah disiksa sebelum di bunuh. Pada 9 Julai 2014, Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah Kuantan, DS Mariana Yahya telah menjatuhkan hukuman mati ke atas suspek utama, Asni Omar setelah mendapati cerita Asni hanyalah sebuah rekaan yang dibuat secara teliti. Asni Omar telah membuat rayuan hingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan namun pada 2016, hukuman mati ke atas dia dikekalkan. Rayuan itu di tolak oleh Tun Arifin dan 3 Hakim lain.
Comments
Post a Comment