Resepi Karipap

Karipap ni kuih utama orang Malaysia tau, lagi-lagi yang tekak melayu. Tak sah saya beli kuih kalau takda karipap!




Mari kita start resepi nak buat karipap ok!

Bahan-bahan inti karipap kentang:
5-7 biji kentang sederhana besar (dipotong dadu)
1 biji bawang besar (dipoyong dadu)
3 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
Segenggam ikan bilis atau udang kering (dikisar)
3 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar serbuk kari
2 tangkai daun sup 
Minyak masak

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Masukkan separuh bawang besar bersaiz dadu, yang separuh lagi nanti masukkan bila kentang dah empuk.
3. Bila bau dah naik, masukkan bahan kisar tadi. Kacau peeerlahan seingga naik bau, selepas itu masukkan serbuk kari diikuti gula, garam dan perasakan.
4. Masukkan kentang bersaiz dadu. Toskan airnya terlebih dahulu. Masukkan dua cawan air (agar cepat empuk)
5. Tutup kuali dengan tudung periuk atau penutup pengukus.
6. Biarkan sehingga kentang empuk.
7. Selepas air mula kering, masukkan separuh lagi bawang bersaiz yang berlebihan tadi diikuti dengan daun sup yang telah dihiris.
8. Angkat inti kentang dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai supaya cepat sejuk dan boleh dibuat inti karipap.




Bahan-bahan kulit karipap;
500g tepung gandum (30-40 biji karipap)
Minyak masak
Air larutan garam

Cara-cara:
1. Masukkan tepung ke dalam bekas untuk diuli. Masukkan dua senduk minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum. Kacau dahulu dengan sudip sementara minyak masak masih panas. Boleh gunakan tangan untuk menguli jika suhi minyak menurun.
2. Uli doh dengan masukkan sedikit demi sedikit air larutan garam. Teruskan menguli sehingga tepung sudah tidak melekit ditangan dan dibiarkan seketika (10-15minit) sebelum anda mencanainya.
3. Uli sekali lagi, kemudian bulat-bulatkan doh tadi sebelum dicanai untuk dimasukkan inti.
4. Utuk mendapatkan kulit yang rangup semasa menguli, pastikan tidak terlebih air digunakan. Minyak masak panas juga membantu dalam memastikan kulit karipap menjadi rangup.
5. Sukatan air dalam respei ini bergantung kepada doh yang kita uli. Pasatikan air simasukkan sedikit demi sedikit.


Comments

Popular posts from this blog

Pembunuhan Kejam di Pulau Tioman

10 hukuman mati antara yang terkejam dalam sejarah manusia