Tips menjaga rumah

Seperti hotel, kita inginkan tempat kediaman yang selesa dan wangi sepanjang masa!
Disini saya bagi 4 tips yang mudah untuk kekalkan kesegaran dan wangian daam rumah berpanjangan.

1. Habuk tak melekat pada perabot



Habuk antara salah satu yang membuatkan rumah bau kelam. Pening perabot dan rumah cepat berhabuk walaupun dilap berkali-kali. Ini petuanya.

Bahan-bahan:

1 Penutup pelembut fabrik
10 cawan air

Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini sehingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah rumah juga berbau lebih harum.

2. Kilatkan lantai rumah



Lantai melekit memang buat rasa kaki tidak selesa semasa berjalan di sekitar rumah, lebih-lebih lagi selepas memasak. Oleh itu, cubalah cara ini!

Bahan-bahan:
1 Penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas

Mulakan dengan menyapu rumah dahulu sehingga sampah dan habuk bebas dari lantai. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!

3.Wangikan rumah



Selain menggunakan penyegar udara, cuba guna petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalam.

Bahan-bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka

Senang je! Campurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik di sembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Apa yang penting tu, wangi!

4. Segarkan bilik air



Bilik air sebenarya melambangkan tahap kebersihan pemilik rumah. Oleh itu, selain menjaga kebersihan, penting untuk pastikan bilik air sentiasa segar dan wangi.

Bahan-bahan:
1 susu kecil teh soda bikarbonat
1 susu teh cuka
1 cawan air

Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari.

Sumber: Keluarga

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Karipap

Pembunuhan Kejam di Pulau Tioman

10 hukuman mati antara yang terkejam dalam sejarah manusia